Monday, December 26, 2011

PANTAI vs FUNFAIR !!




Cuaca pada hari itu sangatlah nyaman hinggakan aku dan kawan-kawan rasa malas je nak pergi training kelas.
Tapi sampai je kelas kami bukannya belajar tapi karaoke bersama ! yeah! Seronoknye .. hehehe kelas pada hari itu sampai pukul 11.30a.m je .. kejap kan ? yup ! itulah Chief kami suka bagi trainee dia balik awal sebab ada yang nk sambut Christmas lagipon ahadnya kan Christmas so i wish “Merry Christmas” untuk semua kawan-kawan yang beragama Kristian ..

Hari yang indah tak semestinya tak ada masalah .
macam tu jugak hari aku .masalah sudah pon sampai tapi Alhamdulillah dah selesai semuan masalah aku .. hope keputusan aku pada hari itu adalah keputusan yang tepat untuk selesaikan masalah aku nie. Amin ....

Balik kelas rehat kejap then dalam pukul 2 lebih aku, nadirah n natrah dah “ready” nak berjalan !yeah ! tempat pertama yang kami nak pergi iaitu pantai ! wah .. bestnya..
dah lama tak pergi pantai. tapi lagi best kalau dapat pergi ngan Ubi kentang aku ! hihihi


Sampai kat pantai puas kami berjalan cuci mata tengok pemandangan pantai yang cantik . seronok sangat .. even aku takut tengok air laut tuh .huhuhu

Kat sana banyak juga la aku ngan mereka tangkap gambar . hehehe samapai2 memori phone aku dah full disebabkan banyak sangat gambar ! fuhh ! penat
juga la masa tu .. sedar tak sedar dah malam . perut kami pon dah nyanyi lagu
dangdut.hahaha

Sebelum kami beransur pulang , kami singgah mengisi perut yang dah bising. Sampai kat kedai makan pula semua meja dah full . ramai sangat pelanggan kedai makan tuh .. tapi tempat tu la yang sedap Nasi lemaknya .
itu Ishak (pakwe si nadirah) cakap . kami pon order la Nasi lemak 5 ! eh , kami berempat je tapi order 5 ! itu sebab kami nie kebulur sangat . then minum Teh-O-Ais n Air kelapa Muda. Wah ... sedap tau ! tambah pula minum tepi pantai.weew memang nikmat la .. then, bukan itu saja kami order . disebabkan tengok meja sebelah makan Otak-otak, kami pon order juga sebab nak tau rasa Otak-otak
kat situ . perrggh .. memang tak rugi kami order Otak-otak tuh . memang sedap
sangat2 ! rasa nak order lagi je ! hehe tamakkan ? ! nie la padahnya kalau lapar sangat !
semua nak makan !

Lepas dah makan before kami balik ..

kami lepak kejap tepi pantai duduk atas batu .. wah romantik sangat suasana malam tuh .. hurm .. tetiba sdih plak .. sebab teringat kat Ubi kentang aku..=(


Dah habis lepak kami pown beransur pulang .. otw pulang tuh kami round2 kat Putrajaya jap. Nak tengok suasana Putrajaya time malam . wah .. memang cantik !

then otw balik hostel tuh kami Nampak ade FunFair ! ape lagi , kami pon meluncur la ke sana ! haha best sangat2 ! dapatlah jugak naik satu permainan nie .. berpusing kepala otak kami naik bendalah tuh ! tapi memang best la . hilang tension aku !! hakhak

Dah habis round2 dalam Funfair tuh . kami pon tengok “Battle Dance” kat tempat tuh ! kebetulan pula ade event tuh . best tau tengok mereka dance ! tapi yang paling pelik .. Kebanyakannya yang ade kat event tu semua Chinese , kami je Melayu n bertudung yang tengok event tuh . Nak tau sebab ape ? sebab event tuh event Chinese untuk samabut Hari Christmas . hahaha

Tapi tak pe .. itulah yang di katakan “1 Malaysia” betol x ? ! haha lepas “Battle Dance” ade pula “Countdown” untuk Christmas ! kami pon tunggulah sampai semua habis .. barulah kami balik .. hehehe

Dah sampai hostel singgah jap kat kedai Minum . dahaga sangat sebab terjerit2 kat Funfair tadi! Hahaha Alhamdulillah lepas minum barulah kami sampai hostel tercinta kami ! masok bilik je basuh kaki then mandi n kami ready untuk perang ngan bantal busuk masing2 ! tidur la maksudnya kawan .. hehehehe

P/S : Hari yang indah tak semetinya tak ada masalah ! tapi ape-ape pon Happy sangat hari tuh ! Whatever happens Life must go on ! yeah ! Love u ! Muah ! xOxO ! yang jauh nun di sana .. tapi kejap je sebab kawan-kawan aku kana de wat pe nak sedih2 . =)




Wednesday, December 14, 2011

Kaulah sahabat, kaulah teman sejatiku

Kali pertama kita berjumpa, nak bertegur pun tak terkeluar kata-kata. Bila dah berkata-kata seolah tiada penghujungnya. Kita semua berbeza-beza baik dari segi mental mahupun fizikal. Tapi kita ada satu hati yang merapatkan dan mengeratkan hubungan antara kita walaupun kadang kala ada perselisihan terjadi yang membuatkan lagi hubungan antara kita makin kukuh. Sahabat adalah segala-galanya bagiku, tanpa sahabat aku takkan jadi sekuat sekarang ini untuk tempuhi segala dugaan dan cubaan hidup. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, mungkin selama lebih dua tahun setengah ini terlalu banyak kenangan yang telah kita cipta bersama. Selama kita bersama Sedihku, dukaku, tawaku, tangisku, senyumku, rengekku telah kau dengar kerana kaulah akar tunjang bagiku wahai sahabat.

Dan aku tahu masa kita untuk bersama akan habis beberapa hari lagi, tapi aku berharap persahabatan kita janganlah berakhir juga. Walaupun aku tau, aku bukanlah sebaik-baik sahabat tapi aku bangga kerna kau menjadi sahabat yang baik buatku. Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya baik di dunia mahupun akhirat. Aku bersyukur kerana Allah menghantar ciptaanNya padaku yang selalu buat aku tersenyum, ketawa dan kadang kala juga aku menangis. Indah sungguh persahabatan antara kita, macam-macam yang telah kita tempuhi bersama-sama. Moga kita dapat mencapai kejayaan masing-masing dan menempah nama yang buat orang tua kita bangga dengannya. Terima kasih sahabat untuk segala-galanya.

Aku sayang kau kerana kaulah sahabat dan kau juga teman sejatiku.