Thursday, October 27, 2011

Salahkah kita (bahagian 2)

..Lepas apa yang terjadi untuk jangka masa yang lama kami tak berhubung, akhirnya aku jumpa orang baru dalam hidup aku begitu juga dengan si dia, aku tahu semua itu dan aku sedar memang tiada jodoh antara aku dengan si dia. Banyak yang aku belajar selama aku dan dia tak berhubung antara satu sama lain, aku belajar untuk mengikhlaskan dia bahagia dengan orang lain walaupun tidak untuk permulaannya dan aku juga belajar untuk menerima orang baru dalam hati aku yang dah hancur dan tertutup untuk orang lain. Namun, apa yang aku harap untuk jadi seorang yang kuat dan tabah tak kesampaian. Hubungan aku dengan orang baru akhirnya terkandas juga “No one could replace you in my heart” hanya itu yang mampu aku pendam dalam hati.

Tapi aku berterima kasih kepada orang baru yang sudi memberi aku kebahgiaan walaupun hanya sekejap. Terima kasih sangat-sangat. Si dia pula dengan orang baru dalam hidup dia dan aku lihat dia memang bahgia, aku pun turut bahgia untuk si dia. Mula-mula nak tahu kenapa aku tulis “salahkah kita”, sebab hubungan aku denga si dia bermula lagi apabila aku balik ke kampung halaman. Dan kami berdua memang dah single sebab dia pun baru putus dengan kekasih hati dia jadi tiada halangan antara kami untuk menjalin semula hubungan yang telah lama terkandas. Allah memang Maha Besar ! Syukur Alhamdulillah ! itulah anugerah Allah yang beri aku semangat lepas apa yang dah jadi pada aku sebelum ini. Syukran Ya Allah !

Dan hanya Allah saja yang tahu betapa bahgianya aku dengan pemberianNYA padaku. Tapi disebalik kebahgiaan aku dan si dia, dugaan yang aku tak pernah sangka datang. Aku sebagai seorang perempuan, memang tak dapat nafikkan yang aku tak dapat terima kenyataan kalau kekasih hati yang teramat sangat aku sayang tiba-tiba berhubung balik dengan sang mantan yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan aku dengan kekasih hati yang tengah bermasalah dan akhirnya hubungan kami terkandas, sang kekasih hati pula menjalin semula hubungannya dengan sang mantan. Itu adalah situasi yang aku gambarkan untuk cerita aku, si dia dan sang mantan. Di pendekkan cerita aku adalah sang mantan yang tiba-tiba muncul dalam cerita cinta si dia dengan kekasih hatinya.

Di sebabkan kemunculan aku secara tiba-tiba juga, aku di di anggap sebagai perampas. Sungguh sakit bila aku dengar ayat itu. Tapi salahkah aku dan salahkah kita ? bila hubungan aku terjalin balik dengan si dia? Apa yang terjadi tak pernah aku rancang untuk semua itu dan tak pernah ada kesal dalam hati. Aku dengan si dia kembali bersatu kerana persaan yang ada pada kami sejak dulu lagi walaupun kami pernah bertemu dengan orang baru dalam hidup kami. Ya Allah, aku hanyalah hambaMu yang tak sempurna walaupun begitu aku bersyukur sangat-sangat kerana Kau telah satukan kembali hati kami seperti sekarang ini dan semoga hubungan kami kekal selamanya di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin ...

Salahkah kita (bahagian 1)

Jodoh pertemuan setiap insan telah ditentukan oleh NYA dan aku percaya padaNYA sebab itu adalah Qada’ dan Qadar yang harus kita terima. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah hidup setiap insan, hanya cara kita yang berbeza-beza. Hidup di dunia umpama sebuah masakan, dimana masakan yang tawar takkan lengkap tanpa rasa masam, manis, masin dan pahit. Mungkin rasa pahit harus dikurangkan sebab masakan yang enak rasanya haruslah seimbang semua bahan-bahannya atau rempahnya. Begitu juga kehidupan kita, tak lengkap rasanya tanpa ada halangan, cubaan, kenangan pahit atau manis dan mungkin juga berakhir dengan kebahgiaan atau kesedihan kerana tiada seorang pun yang menginginkan kesedihan di pengakhiran cerita kehidupan mereka.

Kisah aku dan dia bermula beberapa tahun lepas, dia adalah senior aku ketika sekolah rendah, dia juga kawan dari abang angkat aku dan sangatlah kebetulan dia jiran aku ! hehe sungguh tak sangka yang aku boleh jatuh hati pada jiran aku sendiri dan aku tak pernah terfikir akan hal itu. Aku mulai rapat dengan dia masa aku balik kampung halaman aku di Indonesia. masa itu niat aku balik untuk jumpa keluarga dan kawan-kawan yang dah lama aku tinggalkan semenjak aku dan keluarga berhijrah ke Negara jiran, tanah air tercintaku Malaysia. I’m proud to be Malaysian ! aku rasa seronok sangat sebab dapat jumpa semua orang yang aku rindu sanagt-sangat. Tapi aku tak pernah sangka yang dia akan SMS aku yang tak pernah rapat pun dengan dia selama keberadaanku di kampung.

Mula-mula aku tak percaya yang dia SMS aku, macam mimpi la pula sebab kami tak rapat langsung tapi tiba-tiba dia boleh SMS aku. mungkin Allah dah mulakan cerita aku dengan dia pada masa itu hanya kami saja yang tak pernah sedar akan perkara itu. Kami mula berbalas SMS setiap hari, mungkin aku pun gelojoh sangat sebab masa itu tiada siapa yang rapat dengan aku untuk aku jadikan teman rapat sebab kawan rapat aku tak balik lagi dari asrama. Lagi pun kami berdua single, tiada siapa nak marah. Tak sangka hanya sekadar berbalas message, aku boleh jatuh hati pada dia ! Ya Allah ! memang gelojoh, kena ayat sikit cair, itulah aku. tapi aku memang suka sangat-sangat kat dia dan hanya Allah saja yang tahu betapa aku kasih dan sayang pada si dia. Masing-masing dah meluahkan perasaan tapi bukan aku yang luahkan dulu pastinya, tapi dia yang luahkan dulu dan akhirnya kami pun berpacaran.

Ya Allah, bahagianya aku masa itu. Tapi itu tak penting, kami mula berpacaran semasa aku dah balik ke tanah air. So, bolehlah bayangkan macam mana kami berpacaran jarak jauh hanya Allah saja yang tahu macam-macam dugaan yang kami tempuh. Aku mengaku memang aku kalah dengan dugaan dan cubaan, rasa percaya dan keikhlasan aku memang tercabar. Pada akhirnya aku menyerah kalah dan hubungan kami terkandas di tengah jalan. Selepas beberapa bulan kemudian kami berhubung balik, dengan kedegilan dan rasa tak serik akhirnya kami rujuk balik dan hubungan itu pun terkandas juga. Akhirnya .. >> salahkah kita (bahagian 2)

Wednesday, October 19, 2011

CINTA

Sekalipun cinta telah ku huraikan dan ku jelaskan panajang lebar .
namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
meskipun lidahku telah mampu menghuraikan.
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih indah dan terang.
sementara pena tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta.
dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring di lumpur.
Cinta sendirilah yang menerangkan arti Cinta dan Percintaan

nukilan dari puisi ketikacintabertasbih