Thursday, October 27, 2011

Salahkah kita (bahagian 1)

Jodoh pertemuan setiap insan telah ditentukan oleh NYA dan aku percaya padaNYA sebab itu adalah Qada’ dan Qadar yang harus kita terima. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah hidup setiap insan, hanya cara kita yang berbeza-beza. Hidup di dunia umpama sebuah masakan, dimana masakan yang tawar takkan lengkap tanpa rasa masam, manis, masin dan pahit. Mungkin rasa pahit harus dikurangkan sebab masakan yang enak rasanya haruslah seimbang semua bahan-bahannya atau rempahnya. Begitu juga kehidupan kita, tak lengkap rasanya tanpa ada halangan, cubaan, kenangan pahit atau manis dan mungkin juga berakhir dengan kebahgiaan atau kesedihan kerana tiada seorang pun yang menginginkan kesedihan di pengakhiran cerita kehidupan mereka.

Kisah aku dan dia bermula beberapa tahun lepas, dia adalah senior aku ketika sekolah rendah, dia juga kawan dari abang angkat aku dan sangatlah kebetulan dia jiran aku ! hehe sungguh tak sangka yang aku boleh jatuh hati pada jiran aku sendiri dan aku tak pernah terfikir akan hal itu. Aku mulai rapat dengan dia masa aku balik kampung halaman aku di Indonesia. masa itu niat aku balik untuk jumpa keluarga dan kawan-kawan yang dah lama aku tinggalkan semenjak aku dan keluarga berhijrah ke Negara jiran, tanah air tercintaku Malaysia. I’m proud to be Malaysian ! aku rasa seronok sangat sebab dapat jumpa semua orang yang aku rindu sanagt-sangat. Tapi aku tak pernah sangka yang dia akan SMS aku yang tak pernah rapat pun dengan dia selama keberadaanku di kampung.

Mula-mula aku tak percaya yang dia SMS aku, macam mimpi la pula sebab kami tak rapat langsung tapi tiba-tiba dia boleh SMS aku. mungkin Allah dah mulakan cerita aku dengan dia pada masa itu hanya kami saja yang tak pernah sedar akan perkara itu. Kami mula berbalas SMS setiap hari, mungkin aku pun gelojoh sangat sebab masa itu tiada siapa yang rapat dengan aku untuk aku jadikan teman rapat sebab kawan rapat aku tak balik lagi dari asrama. Lagi pun kami berdua single, tiada siapa nak marah. Tak sangka hanya sekadar berbalas message, aku boleh jatuh hati pada dia ! Ya Allah ! memang gelojoh, kena ayat sikit cair, itulah aku. tapi aku memang suka sangat-sangat kat dia dan hanya Allah saja yang tahu betapa aku kasih dan sayang pada si dia. Masing-masing dah meluahkan perasaan tapi bukan aku yang luahkan dulu pastinya, tapi dia yang luahkan dulu dan akhirnya kami pun berpacaran.

Ya Allah, bahagianya aku masa itu. Tapi itu tak penting, kami mula berpacaran semasa aku dah balik ke tanah air. So, bolehlah bayangkan macam mana kami berpacaran jarak jauh hanya Allah saja yang tahu macam-macam dugaan yang kami tempuh. Aku mengaku memang aku kalah dengan dugaan dan cubaan, rasa percaya dan keikhlasan aku memang tercabar. Pada akhirnya aku menyerah kalah dan hubungan kami terkandas di tengah jalan. Selepas beberapa bulan kemudian kami berhubung balik, dengan kedegilan dan rasa tak serik akhirnya kami rujuk balik dan hubungan itu pun terkandas juga. Akhirnya .. >> salahkah kita (bahagian 2)

No comments:

Post a Comment