Monday, December 26, 2011

PANTAI vs FUNFAIR !!




Cuaca pada hari itu sangatlah nyaman hinggakan aku dan kawan-kawan rasa malas je nak pergi training kelas.
Tapi sampai je kelas kami bukannya belajar tapi karaoke bersama ! yeah! Seronoknye .. hehehe kelas pada hari itu sampai pukul 11.30a.m je .. kejap kan ? yup ! itulah Chief kami suka bagi trainee dia balik awal sebab ada yang nk sambut Christmas lagipon ahadnya kan Christmas so i wish “Merry Christmas” untuk semua kawan-kawan yang beragama Kristian ..

Hari yang indah tak semestinya tak ada masalah .
macam tu jugak hari aku .masalah sudah pon sampai tapi Alhamdulillah dah selesai semuan masalah aku .. hope keputusan aku pada hari itu adalah keputusan yang tepat untuk selesaikan masalah aku nie. Amin ....

Balik kelas rehat kejap then dalam pukul 2 lebih aku, nadirah n natrah dah “ready” nak berjalan !yeah ! tempat pertama yang kami nak pergi iaitu pantai ! wah .. bestnya..
dah lama tak pergi pantai. tapi lagi best kalau dapat pergi ngan Ubi kentang aku ! hihihi


Sampai kat pantai puas kami berjalan cuci mata tengok pemandangan pantai yang cantik . seronok sangat .. even aku takut tengok air laut tuh .huhuhu

Kat sana banyak juga la aku ngan mereka tangkap gambar . hehehe samapai2 memori phone aku dah full disebabkan banyak sangat gambar ! fuhh ! penat
juga la masa tu .. sedar tak sedar dah malam . perut kami pon dah nyanyi lagu
dangdut.hahaha

Sebelum kami beransur pulang , kami singgah mengisi perut yang dah bising. Sampai kat kedai makan pula semua meja dah full . ramai sangat pelanggan kedai makan tuh .. tapi tempat tu la yang sedap Nasi lemaknya .
itu Ishak (pakwe si nadirah) cakap . kami pon order la Nasi lemak 5 ! eh , kami berempat je tapi order 5 ! itu sebab kami nie kebulur sangat . then minum Teh-O-Ais n Air kelapa Muda. Wah ... sedap tau ! tambah pula minum tepi pantai.weew memang nikmat la .. then, bukan itu saja kami order . disebabkan tengok meja sebelah makan Otak-otak, kami pon order juga sebab nak tau rasa Otak-otak
kat situ . perrggh .. memang tak rugi kami order Otak-otak tuh . memang sedap
sangat2 ! rasa nak order lagi je ! hehe tamakkan ? ! nie la padahnya kalau lapar sangat !
semua nak makan !

Lepas dah makan before kami balik ..

kami lepak kejap tepi pantai duduk atas batu .. wah romantik sangat suasana malam tuh .. hurm .. tetiba sdih plak .. sebab teringat kat Ubi kentang aku..=(


Dah habis lepak kami pown beransur pulang .. otw pulang tuh kami round2 kat Putrajaya jap. Nak tengok suasana Putrajaya time malam . wah .. memang cantik !

then otw balik hostel tuh kami Nampak ade FunFair ! ape lagi , kami pon meluncur la ke sana ! haha best sangat2 ! dapatlah jugak naik satu permainan nie .. berpusing kepala otak kami naik bendalah tuh ! tapi memang best la . hilang tension aku !! hakhak

Dah habis round2 dalam Funfair tuh . kami pon tengok “Battle Dance” kat tempat tuh ! kebetulan pula ade event tuh . best tau tengok mereka dance ! tapi yang paling pelik .. Kebanyakannya yang ade kat event tu semua Chinese , kami je Melayu n bertudung yang tengok event tuh . Nak tau sebab ape ? sebab event tuh event Chinese untuk samabut Hari Christmas . hahaha

Tapi tak pe .. itulah yang di katakan “1 Malaysia” betol x ? ! haha lepas “Battle Dance” ade pula “Countdown” untuk Christmas ! kami pon tunggulah sampai semua habis .. barulah kami balik .. hehehe

Dah sampai hostel singgah jap kat kedai Minum . dahaga sangat sebab terjerit2 kat Funfair tadi! Hahaha Alhamdulillah lepas minum barulah kami sampai hostel tercinta kami ! masok bilik je basuh kaki then mandi n kami ready untuk perang ngan bantal busuk masing2 ! tidur la maksudnya kawan .. hehehehe

P/S : Hari yang indah tak semetinya tak ada masalah ! tapi ape-ape pon Happy sangat hari tuh ! Whatever happens Life must go on ! yeah ! Love u ! Muah ! xOxO ! yang jauh nun di sana .. tapi kejap je sebab kawan-kawan aku kana de wat pe nak sedih2 . =)




Wednesday, December 14, 2011

Kaulah sahabat, kaulah teman sejatiku

Kali pertama kita berjumpa, nak bertegur pun tak terkeluar kata-kata. Bila dah berkata-kata seolah tiada penghujungnya. Kita semua berbeza-beza baik dari segi mental mahupun fizikal. Tapi kita ada satu hati yang merapatkan dan mengeratkan hubungan antara kita walaupun kadang kala ada perselisihan terjadi yang membuatkan lagi hubungan antara kita makin kukuh. Sahabat adalah segala-galanya bagiku, tanpa sahabat aku takkan jadi sekuat sekarang ini untuk tempuhi segala dugaan dan cubaan hidup. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, mungkin selama lebih dua tahun setengah ini terlalu banyak kenangan yang telah kita cipta bersama. Selama kita bersama Sedihku, dukaku, tawaku, tangisku, senyumku, rengekku telah kau dengar kerana kaulah akar tunjang bagiku wahai sahabat.

Dan aku tahu masa kita untuk bersama akan habis beberapa hari lagi, tapi aku berharap persahabatan kita janganlah berakhir juga. Walaupun aku tau, aku bukanlah sebaik-baik sahabat tapi aku bangga kerna kau menjadi sahabat yang baik buatku. Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya baik di dunia mahupun akhirat. Aku bersyukur kerana Allah menghantar ciptaanNya padaku yang selalu buat aku tersenyum, ketawa dan kadang kala juga aku menangis. Indah sungguh persahabatan antara kita, macam-macam yang telah kita tempuhi bersama-sama. Moga kita dapat mencapai kejayaan masing-masing dan menempah nama yang buat orang tua kita bangga dengannya. Terima kasih sahabat untuk segala-galanya.

Aku sayang kau kerana kaulah sahabat dan kau juga teman sejatiku.

Thursday, October 27, 2011

Salahkah kita (bahagian 2)

..Lepas apa yang terjadi untuk jangka masa yang lama kami tak berhubung, akhirnya aku jumpa orang baru dalam hidup aku begitu juga dengan si dia, aku tahu semua itu dan aku sedar memang tiada jodoh antara aku dengan si dia. Banyak yang aku belajar selama aku dan dia tak berhubung antara satu sama lain, aku belajar untuk mengikhlaskan dia bahagia dengan orang lain walaupun tidak untuk permulaannya dan aku juga belajar untuk menerima orang baru dalam hati aku yang dah hancur dan tertutup untuk orang lain. Namun, apa yang aku harap untuk jadi seorang yang kuat dan tabah tak kesampaian. Hubungan aku dengan orang baru akhirnya terkandas juga “No one could replace you in my heart” hanya itu yang mampu aku pendam dalam hati.

Tapi aku berterima kasih kepada orang baru yang sudi memberi aku kebahgiaan walaupun hanya sekejap. Terima kasih sangat-sangat. Si dia pula dengan orang baru dalam hidup dia dan aku lihat dia memang bahgia, aku pun turut bahgia untuk si dia. Mula-mula nak tahu kenapa aku tulis “salahkah kita”, sebab hubungan aku denga si dia bermula lagi apabila aku balik ke kampung halaman. Dan kami berdua memang dah single sebab dia pun baru putus dengan kekasih hati dia jadi tiada halangan antara kami untuk menjalin semula hubungan yang telah lama terkandas. Allah memang Maha Besar ! Syukur Alhamdulillah ! itulah anugerah Allah yang beri aku semangat lepas apa yang dah jadi pada aku sebelum ini. Syukran Ya Allah !

Dan hanya Allah saja yang tahu betapa bahgianya aku dengan pemberianNYA padaku. Tapi disebalik kebahgiaan aku dan si dia, dugaan yang aku tak pernah sangka datang. Aku sebagai seorang perempuan, memang tak dapat nafikkan yang aku tak dapat terima kenyataan kalau kekasih hati yang teramat sangat aku sayang tiba-tiba berhubung balik dengan sang mantan yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan aku dengan kekasih hati yang tengah bermasalah dan akhirnya hubungan kami terkandas, sang kekasih hati pula menjalin semula hubungannya dengan sang mantan. Itu adalah situasi yang aku gambarkan untuk cerita aku, si dia dan sang mantan. Di pendekkan cerita aku adalah sang mantan yang tiba-tiba muncul dalam cerita cinta si dia dengan kekasih hatinya.

Di sebabkan kemunculan aku secara tiba-tiba juga, aku di di anggap sebagai perampas. Sungguh sakit bila aku dengar ayat itu. Tapi salahkah aku dan salahkah kita ? bila hubungan aku terjalin balik dengan si dia? Apa yang terjadi tak pernah aku rancang untuk semua itu dan tak pernah ada kesal dalam hati. Aku dengan si dia kembali bersatu kerana persaan yang ada pada kami sejak dulu lagi walaupun kami pernah bertemu dengan orang baru dalam hidup kami. Ya Allah, aku hanyalah hambaMu yang tak sempurna walaupun begitu aku bersyukur sangat-sangat kerana Kau telah satukan kembali hati kami seperti sekarang ini dan semoga hubungan kami kekal selamanya di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin ...

Salahkah kita (bahagian 1)

Jodoh pertemuan setiap insan telah ditentukan oleh NYA dan aku percaya padaNYA sebab itu adalah Qada’ dan Qadar yang harus kita terima. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah hidup setiap insan, hanya cara kita yang berbeza-beza. Hidup di dunia umpama sebuah masakan, dimana masakan yang tawar takkan lengkap tanpa rasa masam, manis, masin dan pahit. Mungkin rasa pahit harus dikurangkan sebab masakan yang enak rasanya haruslah seimbang semua bahan-bahannya atau rempahnya. Begitu juga kehidupan kita, tak lengkap rasanya tanpa ada halangan, cubaan, kenangan pahit atau manis dan mungkin juga berakhir dengan kebahgiaan atau kesedihan kerana tiada seorang pun yang menginginkan kesedihan di pengakhiran cerita kehidupan mereka.

Kisah aku dan dia bermula beberapa tahun lepas, dia adalah senior aku ketika sekolah rendah, dia juga kawan dari abang angkat aku dan sangatlah kebetulan dia jiran aku ! hehe sungguh tak sangka yang aku boleh jatuh hati pada jiran aku sendiri dan aku tak pernah terfikir akan hal itu. Aku mulai rapat dengan dia masa aku balik kampung halaman aku di Indonesia. masa itu niat aku balik untuk jumpa keluarga dan kawan-kawan yang dah lama aku tinggalkan semenjak aku dan keluarga berhijrah ke Negara jiran, tanah air tercintaku Malaysia. I’m proud to be Malaysian ! aku rasa seronok sangat sebab dapat jumpa semua orang yang aku rindu sanagt-sangat. Tapi aku tak pernah sangka yang dia akan SMS aku yang tak pernah rapat pun dengan dia selama keberadaanku di kampung.

Mula-mula aku tak percaya yang dia SMS aku, macam mimpi la pula sebab kami tak rapat langsung tapi tiba-tiba dia boleh SMS aku. mungkin Allah dah mulakan cerita aku dengan dia pada masa itu hanya kami saja yang tak pernah sedar akan perkara itu. Kami mula berbalas SMS setiap hari, mungkin aku pun gelojoh sangat sebab masa itu tiada siapa yang rapat dengan aku untuk aku jadikan teman rapat sebab kawan rapat aku tak balik lagi dari asrama. Lagi pun kami berdua single, tiada siapa nak marah. Tak sangka hanya sekadar berbalas message, aku boleh jatuh hati pada dia ! Ya Allah ! memang gelojoh, kena ayat sikit cair, itulah aku. tapi aku memang suka sangat-sangat kat dia dan hanya Allah saja yang tahu betapa aku kasih dan sayang pada si dia. Masing-masing dah meluahkan perasaan tapi bukan aku yang luahkan dulu pastinya, tapi dia yang luahkan dulu dan akhirnya kami pun berpacaran.

Ya Allah, bahagianya aku masa itu. Tapi itu tak penting, kami mula berpacaran semasa aku dah balik ke tanah air. So, bolehlah bayangkan macam mana kami berpacaran jarak jauh hanya Allah saja yang tahu macam-macam dugaan yang kami tempuh. Aku mengaku memang aku kalah dengan dugaan dan cubaan, rasa percaya dan keikhlasan aku memang tercabar. Pada akhirnya aku menyerah kalah dan hubungan kami terkandas di tengah jalan. Selepas beberapa bulan kemudian kami berhubung balik, dengan kedegilan dan rasa tak serik akhirnya kami rujuk balik dan hubungan itu pun terkandas juga. Akhirnya .. >> salahkah kita (bahagian 2)

Wednesday, October 19, 2011

CINTA

Sekalipun cinta telah ku huraikan dan ku jelaskan panajang lebar .
namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
meskipun lidahku telah mampu menghuraikan.
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih indah dan terang.
sementara pena tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta.
dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring di lumpur.
Cinta sendirilah yang menerangkan arti Cinta dan Percintaan

nukilan dari puisi ketikacintabertasbih

Tuesday, September 27, 2011

The “Ubi or Kentang” Moment with him.

Kali pertama keluar dengan si dia selama kami berdua berpacaran .. agak kekok, malu, segan, seronok, gelabah dan juga suka sangat-sangat . semua lah aku rasa . hehehe

Pada masa itu hari jadi dia. Rasa macam tak percaya dengan apa yang jadi pada hari itu. Sebelum itu aku acah je mintak dia belanja aku makan masa hari jadi dia tapi dia betol-betol ajak aku keluar untuk sambut hari jadi dia .. dia cakap boleh je nak belanja aku makan kat luar tapi macam mana nak mintak “permission” dari parent aku? aku cakap la kalau betol-betol dia nak ajak aku keluar datang la rumah jemput aku..

Malam tu jugak lepas maghrib lebih kurang jam 6 lebih >masa INDONESIA or INA dan sekitarnya< lepas tu masa dia dah sampai rumah aku . dia salam parent aku lepas tu bagi tahu nak ajak aku keluar makan. Pada masa tu, mak n ayah aku agak terkejut sebab tiba-tiba ja ada boy datang rumah nak ajak aku keluar. Tapi Alhamdulillah mak n ayah aku bagi “permission” untuk kami ! yeah ! seronok masa tu !!

Beberapa minit kemudian kami berdua dah sampai tempat tujuan > restaurant black and white<. tapi itu nama tipu2 je sebab aku lupa la nama tempat tuh. Best tu masa tu . tiba la masa untuk order makanan . kat INA kalau nak order kena lah tulis makanan n minuman yang kita nak . kami pun membelek buku menu tapi kami tak tahu nak minum n makan ape dan kami pun memutuskan untuk minum je. Aku order orange juice n dia order “soda gembira” . pelik kan nama minuman tuh ? hehe air tuh air soda n ada susu pekat . aku pun tak tahu apa rasa minuman dia. Dia suruh aku rasa tapi taknak la . huhu kan pelik je aku rasa . the “ubi or kentang” moment pun bermula . kami berdua tak makan just order ketang goreng je . masa kentang tu sampai si dia Tanya aku “ini kentang apa ubi??” kami bercakap dalam bhs. Indonesia .. aku pun jawab “gak tau nie kok kayak ubi” hehe . then dia cakap lagi “kalau kentang kok rasanya kayak ubi, kalau gini mending bawa bekal dari rumah aja..gratis gak usah bayar” . hehehe cara dia cakap masa tu memang klakar . lepas tuh aku pandang dia, dia pandang aku balik n kami gelak sama-sama. Nasib baik masa tu tak ramai orang. Hehehe

Sampai ke hari ini kalau dia call or message then tanya aku pasal “ubi apa kentang” mesti aku tersengih2 sorang2. Rindu sangat-sangat ! hehe . “Long distance” bukan senang nak couple jarak jauh, tapi kami percaya satu sama lain. itu perkara penting yang kena ada antara aku dan dia, kami banyak belajar dari masa lampau. Aku selalu berdoa moga hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat. Amin ....

Always love and miss you damn much boo a.k.a Mohd. Khoirul Umam
hope we will meet again as soon as possible ..

Monday, September 26, 2011

MY BIRTHDAY "dua puluh enam september sembilan belas sembilan puluh satu"



gumbiranya saya hari ini .. sbb hari ini birthday saya .. thanks to all myfriends yang dah sudi raikan hari jadi saya ! love2 u all .. gmbar kt atas tuh gmbar kek yg classmates bg kat saya . sedap tau ! hehehe
hari bukan birthday saya sorang je .. hari ini hari jadi monitor kami "sanjeev kumar" .. tapi umur kami tak sama .. dia lebih tua dari saya ..=)
hari dapat surprise dari classmates, housemates n my soulmate (M. Khoirul Umam) dari classmates dpt kek , dari housemates dpt hadiah .. dari my soulmmate dia call saya ! walaupun just call n tak lama manapun .. tapi saya sgt menghargainya ! sbb dia kan jauh .. klu nak call pun bukannya murah .. love u so boo .. n missing u damn much !!
birthday tahun ini rasa istimewa sgt2 ! thanks to all .. yang sudi raikan !! hihihi
thanks for the wishes friends !! love2 u all ...