Wednesday, December 14, 2011

Kaulah sahabat, kaulah teman sejatiku

Kali pertama kita berjumpa, nak bertegur pun tak terkeluar kata-kata. Bila dah berkata-kata seolah tiada penghujungnya. Kita semua berbeza-beza baik dari segi mental mahupun fizikal. Tapi kita ada satu hati yang merapatkan dan mengeratkan hubungan antara kita walaupun kadang kala ada perselisihan terjadi yang membuatkan lagi hubungan antara kita makin kukuh. Sahabat adalah segala-galanya bagiku, tanpa sahabat aku takkan jadi sekuat sekarang ini untuk tempuhi segala dugaan dan cubaan hidup. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, mungkin selama lebih dua tahun setengah ini terlalu banyak kenangan yang telah kita cipta bersama. Selama kita bersama Sedihku, dukaku, tawaku, tangisku, senyumku, rengekku telah kau dengar kerana kaulah akar tunjang bagiku wahai sahabat.

Dan aku tahu masa kita untuk bersama akan habis beberapa hari lagi, tapi aku berharap persahabatan kita janganlah berakhir juga. Walaupun aku tau, aku bukanlah sebaik-baik sahabat tapi aku bangga kerna kau menjadi sahabat yang baik buatku. Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya baik di dunia mahupun akhirat. Aku bersyukur kerana Allah menghantar ciptaanNya padaku yang selalu buat aku tersenyum, ketawa dan kadang kala juga aku menangis. Indah sungguh persahabatan antara kita, macam-macam yang telah kita tempuhi bersama-sama. Moga kita dapat mencapai kejayaan masing-masing dan menempah nama yang buat orang tua kita bangga dengannya. Terima kasih sahabat untuk segala-galanya.

Aku sayang kau kerana kaulah sahabat dan kau juga teman sejatiku.

No comments:

Post a Comment